PENGALAMAN TEST JPJ MANUAL

hi welcome to my one and only blog! ✨

harini aku nak kongsikan pengalaman aku during my test JPJ baru² ni. okay aku straight to the point je lah ye guys. alkisahnya aku punya test JPJ on 12/02/2020 last week. and i am really excited plus berdebar sebab nak hadap abang JPJ katakan ehek! tiber.. okay first of all, aku datang dengan kawan aku and bila dah sampai dekat Institut Latihan Memandu (ILM) tu agak lambat sikit sebab jem terok. so kitorang sampai dah last². time tu pegawai JPJ nya tengah bagi taklimat sebelum kitorang mulakan RPK RSM test litar and jalanraya. kira² calon yang test haritu dalam 90 orang. so kitorang semua just focus on his speech sampai end of his story. firstly JPJ test yang ulangan dulu baru test budak² baru acewahh. semua duduk dekat nombor giliran masing2 nervous takleh cakap dah. okay then sampai my turn yang ke 47 untuk RPK *kereta axia*, biasalah yang tengok kitorang buat RPK tu cuma seketul je patutnya ade yang ganti lah kan dah penat pakcik JPJ tu haha. belum separuh calon dia cuma suruh explain dekat area sebelah kanan kereta sebab dia dah penat kan.. 🥴

So the next station is test litar. ni paling dedo sebab aku cuak part nak turun bukit. nasib baik abang JPJ tu straight je dia terus suruh aku turun lepas dah tarik handbreak. aku punya cuak tak biasa kereta axia yang aku bawak tu, banyak2 lah aku baca doa selawat semua. syukur sebab dapat turun. in fact, aku cuma risau bab bukit je you alls! yang side parking, 3 pointers, Z and S cross tu aku dah terer guys pergh berlagak di situ ye haha. okay then dah settle test litar, aku ngan kawan aku yang sorang ni tunggu lah untuk test on the road pulak. aku punya doa² taknak kena JPJ perempuan end up dapat lelaki alhamdulillah! kawan aku yang sorang tu pulak dapat JPJ yang perempuan. katanya JPJ perempuan tu strict giler. sukahati dia nak gagalkan orang. aku dah takut kalau gagal sebab banyak aku baca kat entry ramai gagal 2 3 kali. aku pun think positive lah harap2 lulus. 🥺

Lepas kawan aku tu dapat JPJ perempuan, aku pulak dipanggil. masuk kereta axia sambil pegang borang, aku bagi dekat abang JPJ kat seat sebelah aku tu. mula² aku bagi salam lah. tu pun bonus jugak untuk korang yang nak lulus okey.. then aku masuk buat RSM semua. tekan signal semua. then at first aku kena maki sikitlah dengan abang JPJ tu. dia mengeluh ape semua cakap penat lah sebab ramai lah ape lah. aku taknak lah cerita buruk pasal dia tapi dari aku nak mula gerak tu dia dah mula maki aku. dah keluar simpang tu pun kena maki lagi sebab aku bawak slow macam siput. aku pun baru teringat ape yang pegawai JPJ tu kata awal² tadi yang kita kena ikut JPJ tu kalau dia suruh slow tu slow lah. kalai dia suruh speed tu kau speed lah. sian abang JPJ tu kena hadap ramai lagi. dahlah sampai aku tu pun baru nak separuh calon. haih sabar jelah. aku tengah drive tu pun dengar je dia membebel. muka aku dah cebik2 sebab kena maki dengan dia yelah guys aku kan perempuan hati tisu eceyh takdelah. 🤭

Lepastu dah bawak kereta tu masuk simpang dua kali, baru aku bersuara and layan ape abang JPJ tu cakap. siap tersengih² lagi kau, ha kau hadoo! bila dia nasihatkan aku itu ini plus sindiran dia tu yang agak makan dalam tu, aku pun keep smiling sebab aku taknak lah tunjuk perempuan ni lemah depan lelaki kena marah sikit dah koyak haha... lepastu dah masuk balik dekat ILM tu, dia tanye aku,  "kau ni dik, boleh lulus tak ni?" lepastu aku jawablah. "InsyaAllah." *jawab dengan tenang dan pasrah huhu* then dia cakap "ha bagus InsyaAllah.." aku pun angguk and senyum je. dia pun tick ape yang ade kat borang tu. aku pun tak berani nak jengah sebab dah redha jer ape pun keputusannya nanti. sebelum keluar aku cakap terima kasih. dia pun cakap sama². lembut pulak dah hujung² cakap dengan aku. dari awal tadi kemain kasar amboi! then aku bagi borang yang abang JPJ tu dah tick bagi dekat orang yang sepatutnya.
tunggu dipanggil untuk sign 4 borang. 😌

Then aku tunggu cikgu yang ajar aku kereta selama sebulan tu dekat depan pejabat. dia tanye aku lulus tak aku cakap entah padahal borang nya ade kat tangan aku haha dia punya nervous sampai taknak tengok result. so aku pass dekat cikgu tester tu and dia cakap aku lulus. alhamdulillah macam nak melompat je sekarang ni. dia punya senyum sampai ke telinga tak dapat digambarkan dengan kata². tak sia² usaha aku selama 2 hari yang hujung² tu struggle betul study ape semua ingat RPK RSM semua. syukur sangat² dah lulus. aku ingat aku pun senasib dengan orang lain yang mostly gagal untuk kali kedua and ketiga. but thanks God for His blessings. aku lulus guys! 😚


Pulaknya the next day tu birthday aku 13/02 siapa yang tak happy weh. aku dapat lesen P nya pun baru semalam 19/02. lesen tu lah hadiah birthday yang aku sendiri bagi dekat diri sendiri. semua family aku double happy sebab sambut birthday aku bertemankan kelulusan aku test JPJ haritu. haha. sadis jugak cerita aku awalnya. tapi conclusionnya dekat sini, kalau kau rase tak boleh buat, kau ingat ape tujuan kau datang belajar memandu tu. kalau kau gagal kau bazirkan duit mak ayah kau jugak kena test balik kan. so, manfaatkan duit dan masa yang ade. sebab haritu aku test ramai yang koyak esp perempuan sebab kena marah dengan JPJ yelah diorang test kat jalanraya tu balik nya JPJ tu yang bawak. kau rase? tapi kesian lah diorang nangis tak tentu pasal. yang tabah ye guys. so, ape yang aku nak pesan kat sini, kau jangan lupa buat formula D.U.I.T tu. InsyaAllah kau lulus. bagi sesiapa yang tengah menunggu hari test JPJ tu aku doakan semoga kau diberi kelapangan dada okay guys! salam sayang from me AGITCHUU.. 💕

Comments

  1. sorry to say saya baru baca blog awak nihhh...... hahaha saya rasa tenang sikit lah sbb besok nk test jpj30/12/2021 doakan saya lulus dan saya dpt tenangkan diri hhahaha nervous

    ReplyDelete
  2. Wow,hebat lah awak,biar pu kita nie girl hati tisu tpi kita kuat dan bnyak kan bdoa supya kita di prmudahkan sgala urusan kita di dunia dan akhirat,aminnn,,doa kan sya juga iya 03/01/2022 sya test JPJ,bdebar to mcm mahu jtuh jntung sya hehehe smoga sya lulus JPJ nnti..aminnn 🤲🤲

    ReplyDelete

Post a Comment